Wednesday, February 2, 2011

DOA AMALAN HARIAN

~DOA AMALAN HARIAN~doa memainkan peranan penting
dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati.Sebagai
ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.Semua
kata-kata, keyakinan, doa, harapan ...dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan
akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan
tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Untuk membantu anak mudah
belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129
kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut
kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia
kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.�Sebaiknya
dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk
minuman dan masakan seisi keluarga.Ketika memasak, sentiasa
basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran
kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu
berjaya.
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ...˜Ya Hayyu, Ya
Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Semua ini insya-Allah
adalah doa pelembut hati.Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah
ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain
seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.Bagi
ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat
38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: Ketika itu
Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Kita juga
digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan
sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan
ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah
emosi atau tingkah laku.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan
doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: Dan juga mereka
yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh
daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara
yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang
yang (mahu) bertakwa
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.Jadikanlah
doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata
mukmin.

No comments:

Post a Comment

Kata_kata Hikmah

Aku teliti semua sahabat,dan tidakku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Akufikirkan tentang pakaian,tapi tidakku temui pakaian yang lebih baik dari daripada takwa.Aku renung semua jenis amal baik,namun tidak ada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.aku cari segala bentuk rezki,tapi tidakku temukan rezki yang lebih baik daripada sabar..
(Khalifah Umar)