Wednesday, February 2, 2011

APABILA SUAMI MENJADI mr MAMA


SUAMI sebagai nakhoda rumah tangga wajib mencari nafkah serta menyediakan keperluan terbaik buat keluarganya.

Isteri pula bertanggungjawab membantu suami menjaga anak-anak, makan minum, mengemas rumah dan kerukunan rumah tangga.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan ramai lelaki (suami) tinggal di rumah manakala isteri mereka mencari nafkah di luar

Perkembangan ini tercetus berikutan masalah ekonomi dan pemberhentian pekerja yang banyak berlaku di kalangan bank, syarikat swasta dan industri.

Akibatnya, golongan lelaki yang tidak bekerja itu mengambil alih tugas wanita menjaga anak-anak, menghantar ke sekolah, memasak malah mengemas rumah.

Cerita suami menjadi suri rumah mungkin nampak pelik di zaman dulu, kini ia sesuatu yang realiti.

Ada yang melihat suami yang memilih menjadi suri rumah sebagai golongan yang ‘berani’ melakukan perubahan.

Namun, wajarkah aturan seperti itu berlaku dalam keluarga Islam?

Wajarkah seorang suami yang beragama Islam mengurus rumah tangga, manakala isterinya menjadi mencari nafkah buat keluarga?

Allah berfirman yang bermaksud: “Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan). (Surah An-Nisa’ ayat 34)

Yang dituntut ialah suami membantu isteri melakukan kerja di rumah sebagaimana Rasulullah pernah membantu isteri Baginda.

Rumah tangga yang berjaya dan berada dalam kebahagiaan ialah di dalamnya terdapat kerjasama bersepadu antara pasangan suami isteri.

Rasulullah menempatkan akhlak sebagai jalan utama untuk mencapai kebahagiaan. Baginda tidak pernah memaksa atau memberatkan isterinya.

Menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang berumah tangga (tanpa sebab) tidak bekerja mencari nafkah.

Memandangkan kini ramai wanita memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi, pasti mereka bergaji lebih besar daripada suami.

Jadi, apakah ia punca suami mengambil keputusan mudah meninggalkan karier untuk duduk di rumah.

Memang ada suami ikhlas berhenti kerja untuk menjaga dan memberi pendidikan sempurna kepada anak-anaknya.

Malah, ada yang serius membuat ‘persiapan rapi’ dengan mengambil kursus atau kelas memasak, jahitan serta menjaga sendiri anak di rumah tanpa menggunakan khidmat pembantu rumah.

Jelas, suami tidak boleh memandang enteng perkara ini kerana ia berkaitan soal maruah seorang suami. Mungkin ada suami yang terpaksa berhenti kerja atas sebab mengidap penyakit yang memerlukan mereka berehat.

Manusia perlu memahami bahawa Allah s.w.t bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang bermanfaat dan baik saja yang digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik” (Surah Al-Maidah ayat 4)

Wanita tidak diharamkan bekerja asalkan mereka tahu menjaga hukum yang ditentukan Islam. Sekalipun mereka bekerja, pendapatan yang diterima menjadi hak mutlak mereka.

Mereka tidak bertanggungjawab memberikan kepada suami melainkan atas dasar ihsan. Allah memberikan seorang lelaki dengan pelbagai kemampuan dan kelebihan berbanding wanita.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di bilik dan menunaikannya di bilik lebih baik dari menunaikannya di rumah dan menunaikan di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad)

Kebanyakan wanita yang bekerja bagi membantu suami dan mereka tidak sekali-kali dibebankan dengan tugas menyara keluarga walaupun pendapatan yang diperoleh besar.

Meskipun pendapatan suami kecil, mereka perlu meletakkan peranan menjadi ketua keluarga mengatasi segala-galanya.

Kedudukan sebagai ketua keluarga itu tidak akan berubah sampai bila-bila.

Kedudukan isteri yang lebih menjawat jawatan tinggi atau melebihi suami dari segi kewangan bukan alasan melepaskan tanggungjawab itu kepada isteri.

Suami yang memilih menjadi suri rumah perlu meneliti keputusan mereka itu dan kembali menerima hakikat, sebagai nakhoda mereka bertanggungjawab terhadap rumah tangga.

Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata ada dua keadaan suami duduk di rumah.

Pertama, tiada pekerjaan kedua, sengaja mengambil kesempatan ke atas isteri yang berpendapatan tinggi.

“Di dalam Islam, suami bertanggungjawab keluar mencari nafkah untuk diberikan kepada isterinya.

“Jika ada suami enggan bekerja dan mahu menjadi suri rumah, mereka perlu meletakkan martabatnya sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab menggalas segala urusan rumah tangganya,” katanya.

Beliau berkata, maruah adalah satu kedudukan tinggi yang perlu dijaga dan dipelihara.

“Jika suami menjadi suri rumah dan mengharap rezeki daripada isteri, bermakna mereka menjadi golongan menerima yang boleh diarah.

“Sebagai ketua keluarga, mereka perlu menjadi individu yang tangannya berada di atas (golongan pemberi) sesuai dengan peranan mereka sebagai pentadbir keluarga,” katanya.

Mohd Zawawi berkata suami perlu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya iaitu menyediakan isteri makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan serta tempat perlindungan.

“Suami yang membiarkan isteri yang mencari nafkah dan bersenang-lenang hasil pendapatan isteri adalah suami yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi syarak.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.” (Surah Al-Baqarah ayat 233)

Pernah Nabi Muhammad s.a.w selepas pulang daripada perang Tabuk baginda terlihat kulit tangan Saad bin Musa al-Ansari hangus kehitaman lalu mengambil tangannya dan menciumnya.

“Saad menyatakan tangannya jadi begitu disebabkan beliau mencangkul tanah untuk menanam pokok demi mencari nafkah buat keluarganya.

“Begitulah besarnya pengorbanan seorang suami yang bekerja keras mencari nafkah buat keluarga,” katanya.

Beliau berkata, jika suami mengalami masalah kecacatan atau masalah lain yang tidak memungkinkan mereka bekerja termasuk terbabit dalam kemalangan, itu soal lain.

“Situasi itu di luar bidang kuasa manusia. Masalahnya, jika ada suami yang mengambil kesempatan di atas kelebihan isteri.

“Mereka hanya menjadi bebanan kepada isteri kerana duduk di rumah tanpa melakukan kerja. Suami pemalas sebegini tidak boleh menikmati hasil rezeki titik peluh isterinya dan ia menyalahi tuntutan agama Islam,” katanya.

Sumber..NF
MENANGIS ..MENANGIS ..MENANGIS...


Ketika kanak-kanak,menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.


Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,
menuntut seluruh kosentrasiku,memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.


Ketika usiaku berada di penghujung..aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmat utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,

sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA!!
mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,

kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.

Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..
renung-renungkanlah..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..

Ya ALLAH ...Ampunkan Diriku ..Buka kan lah hati ini untuk menangis Kerana Mu dan Apa yang Mendekatkan Kami Kepada mu...Betapa kerdil dan lemah nya Diri kita...
ADA kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram.

Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.
Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.

Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.

Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.

Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru.

Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa.

Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.

Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak.

Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.

Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman.

Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?

Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar.

Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.

Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna.

Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak.

Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.

Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah.

Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan.

Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya.

Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.

Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.

Baginda mengatakan: “Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu).”

Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.
WANITA SOLEHAH .....

Malu pada seorang wanita itu sebenarnya
Disitulah letaknya keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun berakhlak mulia
Maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak terlalu mewah
Atau menunjuk-nunjuk dan tidak terlalu rendah mutunya
Berbudi bahasa, peramah dan mesra
Auratnya dijaga tidak didedahkan pada bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan
Terutama pada lelaki ajnabi
Bahasa bersahaja mengikut fitrah semula jadinya
Tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapan dijaga tidak menyindir atau mengata
Atau memuji-muji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaatinya
Rajin mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah Kepada ALLAH tidak diabaikan
Bahkan sentiasa istiqomah ibadahnya
Kehormatan jirannya sangatlah dijaga
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya
Wanita solehah sangat bersimpati
Kepada yang memerlukan
Wanita solehah sentiasa baik sangka
Dan mendoakan sesama manusia
PETUA MENCUCI HATI

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ,

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati :

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

wallahua'lam..
CARA NAK DAPATKAN HATI YANG BERSIH DAN TETAP HIDUP

1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor.

Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya
TIPS NAK MELATIH OTAK KANAN DAN OTAK KIRI

Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mat termasuk sabtu n ahad.


2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.


3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....


5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .


6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni... Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....



~Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang.. ~Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Posted by JUTAWANBLOGGER .
ALINKAN SILATURAHIM PANJANG UMUR,MURAH REZEKI

APAKAH amalan paling mudah semoga Allah permudahkan rezeki dan panjangkan umur? Jawapannya begitu mudah iaitu menghubungkan silaturahim.

Perkara ini dijelaskan daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ”Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Hadis riwayat Bukhari)

Silaturahim adalah suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya. Malah, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Jalinan silaturahim amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Ia disebabkan ukhuwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.
Apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat, anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat si bapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintai dunia..

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya "menghumban" anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya m...engantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu "sporting" berkata, "Biarlah... muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!"

Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak... cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal
sampai bila-bila...wallahua'alam
DOA IBUBAPA SUMBER KEKUATAN BATIN,BENTUK KEPERIBADIAN ANAK...

ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.

Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini.

Justeru, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melencong daripada fitrah insan. Apabila kita dewasa dan mendapat pelbagai kesenangan hidup, kita tidak boleh sama sekali melupakan pengorbanan ibu bapa, sebaliknya kita sewajarnya berbakti untuk membalas jasa mereka mendidik sehingga menjadi insan berguna.

Anak yang salih akan berusaha menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya kerana mengharapkan keredaan hidup daripada Allah. Mereka mengetahui setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa.

Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang salih akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).

Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam menjalani kehidupan.

Petunjuk kedua ibu bapa terhadap anaknya sama seperti petunjuk Nabi kepada umatnya. Oleh itu, anak yang sentiasa memuliakan ibu bapanya tentu akan didoakan oleh ibu bapanya, sebaliknya anak yang derhaka itu sentiasa akan mendatangkan kemudaratan dalam hidup.

sUMBER..ISLAM by wizvax
25 PESANAN KEPADA ANAK


by LayarMinda on Monday, December 27, 2010 at 10:29pm

1) Hai anakku:

"Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini...

Bagaikan lautan yang dalam...

Banyak manusia yang karam ke dalamnya...

Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam...

Layarilah lautan itu dengan...

SAMPAN yang bernama TAKWA...

ISInya ialah IMAN dan...

LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."


02)- " Orang-orang yang sentiasa...

Menyediakan dirinya untuk menerima nasihat...

Maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH...

Orang yang insaf dan sedar...

Setelah menerima nasihat orang lain...

Dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.


03) Hai anakku;

" Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri...

Dalam beribadat dan taat kepada ALLAH...

Maka dia tawadduk kepada ALLAH...

Dia akan lebih dekat kepada ALLAH...

Dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH."


04) Hai anakku;

" Seandainya ibubapamu marah kepadamu...

Kerana kesilapan yang dilakukanmu...

Maka marahnya ibubapamu adalah...

Bagaikan baja bagi tanam tanaman."



05)- " Jauhkan dirimu dari berhutang...

Kerana sesungguhnya berhutang itu....

Boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang...

Dan gelisah di waktu malam."...


06)- "Dan selalulah berharap kepada ALLAH...

Tentang sesuatu yang menyebabkan...

Untuk tidak menderhakai ALLAH...

Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa )...

Tentulah engkau akan terlepas...

Dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH."



07)- Hai anakku;

" Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya...

Kerana tidak dipercayai orang...

Dan seorang yang telah rosak akhlaknya...

Akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar...

Ketahuilah...

Memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu...

Lebih mudah daripada memberi pengertian...

Kepada orang yang tidak mahu mengerti..."


08)- Hai anakku;

" Engkau telah merasakan betapa beratnya...

Mengangkat batu besar dan besi yang amat berat...

Tetapi akan lebih lagi daripada semua itu...

Adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat....


09)- Hai anakku;

" Janganlah engkau mengirimkan...

Orang yang bodoh sebagai utusan....

Maka bila tidak ada orang yang cerdik...

Sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan...."


10)- "Jauhilah bersifat dusta...

Sebab dusta itu mudah dilakukan...

Bagaikan memakan daging burung...

Padahal sedikit sahaja berdusta itu...

Telah memberikan akibat yang berbahaya..."


11)- Hai anakku;

" Bila engkau mempunyai dua pilihan...

Takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan...

Pilihlah untuk menziarahi orang mati...

Sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat...

Sedangkan menghadiri pesta perkahwinan...

Hanya mengingatkan dirimu...

Kepada kesenangan duniawi sahaja...."


12)- " Janganlah engkau makan...

Sampai kenyang yang berlebihan...

Kerana sesungguhnya...

Makan yang terlalu kenyang itu...

Adalah lebih baiknya...

Bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.... "


13)- Hai anakku;

" Janganlah engkau langsung menelan sahaja...

Kerana manisnya barang...

Dan janganlah langsung memuntahkan saja...

Pahitnya sesuatu barang itu...

Kerana manis belum tentu...

Menimbulkan kesegaran...

Dan pahit itu...

Belum tentu menimbulkan kesengsaraan...."


14)- " Makanlah makananmu...

Bersama-sama dengan orang-orang yang takwa...

Dan musyawarahlah urusanmu...

Dengan para alim ulamak...

Dengan cara meminta nasihat dari mereka..."


15)- Hai anakku;

" Bukanlah satu kebaikan namanya...

Bilamana engkau selalu mencari ilmu...

Tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya...

Hal itu tidak ubah bagaikan...

Orang yang mencari kayu bakar...

Maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya...

Padahal ia masih mahu menambahkannya...."


16)- Hai anakku;

" Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati...

Maka ujilah terlebih dahulu...

Dengan berpura-pura membuat dia marah...

Bilamana dalam kemarahan itu...

Dia masih berusaha menginsafkan kamu...

Maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan...

Bila tidak demikian, maka berhati hatilah...."


17)- " Selalulah baik tutur katamu...

Dan halus budi bahasamu...

Serta manis wajahmu...

Dengan demikian...

Engkau akan disukai orang...

Melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain...

Yang pernah memberikan barang yang berharga...."


18)- Hai anakku;

" Bila engkau berteman...

Tempatkanlah dirimu padanya...

Sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya...

Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu...."


19)- " Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku...

Sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian...

Atau mengharap sanjungan orang lain...

Kerana itu adalah sifat riya'~

Yang akan mendatangkan cela pada dirimu..."


20)- Hai anakku;

" Janganlah engkau condong kepada urusan dunia...

Dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja...

Kerana engkau diciptakan ALLAH...

Bukanlah untuk dunia sahaja....

Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina...

Daripada orang yang terpedaya dengan dunianya..."



21)- Hai anakku;

" Usahakanlah agar mulutmu...

Jangan mengeluarkan kata kata...

Yang busuk dan kotor serta kasar...

Kerana engkau...

Akan lebih selamat bila berdiam diri....

Kalau berbicara...

Usahakanlah agar bicaramu...

Mendatangkan manfaat bagi orang lain...."


22)- Hai anakku;

" Janganlah engkau mudah ketawa...

Kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan....

Janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti.....

Janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu...

Janganlah mensia-siakan hartamu...."


23)- " Barang sesiapa yang penyayang...

Tentu akan disayangi...

Sesiapa yang pendiam...

Akan selamat daripada berkata...

Yang mengandungi racun...

Dan...

Sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya...

Dari berkata kotor tentu akan menyesal...."


24)- Hai anakku;

" Bergaullah rapat...

Dengan orang yang alim lagi berilmu....

Perhatikanlah kata nasihatnya....

Kerana sesungguhnya...

Sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya...

Hiduplah hati ini...

Dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya...

Bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan...."


25)- Hai anakku;

" Ambillah harta dunia...

Sekadar keperluanmu sahaja...

Dan nafkahkanlah yang selebihnya...

Untuk bekalan akhiratmu....

Jangan engkau tendang dunia ini...

Ke keranjang atau bakul sampah....

Kerana nanti engkau akan menjadi pengemis...

Yang membuat beban orang lain....



Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini...

Serta meneguk habis airnya...

Kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka....

Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka...

Kelak akan membinasakan dirimu...."
4 Golongan Wanita Di Syurga & 4 Golongan Wanita Di Neraka


Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda : Empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:



1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah SWT dan suaminya.



2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.



3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.



4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).



Kemudian Rasulullah SAW bersabda : Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah :



1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya)



2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.



3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).



4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.



Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.



Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata : "Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu". Beliau berkata : "Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan solatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku".



Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya".



Diceritakan dari Aisyah r.a. : "Pada suatu ketika Rasulullah SAW duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid".



Maka Rasulullh SAW bersabda : "Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid".



Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Rasulullh SAW bersabda : "Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka."



Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : "Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya."



Isteri tidak wajib taat suruhan@arahan suami, apabila suruhan dan arahan itu bertentangan dengan hukurn Allah SWT



Imam Al-Ghazali menegaskan : "Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat"

DOA AMALAN HARIAN

~DOA AMALAN HARIAN~doa memainkan peranan penting
dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati.Sebagai
ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.Semua
kata-kata, keyakinan, doa, harapan ...dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan
akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan
tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Untuk membantu anak mudah
belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129
kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: â€Å“Allah Maha Lembut
kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia
kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.�Sebaiknya
dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk
minuman dan masakan seisi keluarga.Ketika memasak, sentiasa
basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud:
â€Å“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran
kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu
berjaya.
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ...˜Ya Hayyu, Ya
Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Semua ini insya-Allah
adalah doa pelembut hati.Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah
ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain
seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.Bagi
ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat
38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: Ketika itu
Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Kita juga
digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan
sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan
ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah
emosi atau tingkah laku.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan
doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: Dan juga mereka
yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh
daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara
yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang
yang (mahu) bertakwa
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.Jadikanlah
doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata
mukmin.
Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai
kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat
memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak
langkah menuju kejayaan.
Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:
1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.
2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman,
bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa
yang berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar.
Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi
yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.
10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang
lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik
ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.
16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita
sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi
dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta
memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara
berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain.
Ingatlah pesanan seorang
sarjana:
“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka
Wahai sang Isteri …. Apakah
akan membahayakan dirimu, kalau anda menemui suamimu dengan wajah yang
berseri, dihiasi senyum yang manis di saat dia masuk rumah.? Apakah memberatkanmu, apabila anda menghapus debu dari wajahnya, kepala, dan baju serta mengucup pipinya.?!! Apakah anda akan merasa sulit, jika anda menunggu sejenak di saat dia memasuki rumah, dan tetap berdiri sampai dia duduk.!!! Mungkin
tidak akan menyulitkanmu, jika anda berkata kepada suami :
Alhamdulillah atas keselamatan Kanda, aku sangat rindu kedatanganmu,
selamat datang kekasihku. Berdandanlah
untuk suamimu -harapkanlah pahala dari Allah di waktu anda berdandan
itu, karena Allah itu Indah dan mencintai keindahan- pakailah minyak
wangi, dan berhiaslah, serta pakailah pakaian yang paling indah untuk
menyambut suamimu. Jauhi dan jauhilah
bermasam muka.Janganlah anda mendengar dan menghiraukan perosak dan
pengacau yang akan merosak dan mengacaukan keharmonianmu dengan suami. Janganlah selalu tampak sedih dan gelisah, akan tetapi berlindunglah kepada Allah dari rasa gelisah, sedih, malas dan lemah. Janganlah
berbicara terhadap laki-laki lain dengan lemah-lembut, sehingga
menyebabkan orang yang di hatinya ada penyakit mendekatimu dan mengira
hal-hal yang jelek terhadap dirimu. Selalulah berada dalam keadaan lapang dada, hati tenteram, dan ingat kepada Allah setiap saat.Ringankanlah suamimu dari setiap keletihan, kepedihan dan musibah serta kesedihan yang menimpanya. Suruhlah suamimu untuk berbakti kepada ibu bapanya. Didiklah
anak-anakmu dengan baik. Isilah rumah dengan tasbih, tahlil, tahmid,
dan takbir, perbanyaklah membaca Al-Quran terutama surat Al-Baqarah,
karena surat itu dapat mengusir syaitan. Hilangkanlah dari rumahmu foto-foto, alat-alat muzik dan alat-alat yang boleh merosak agama.Bangunkanlah
suamimu untuk melaksanakan solat malam, doronglah dia untuk melakukan
puasa sunat, ingatkan dia akan keutamaan bersedekah, dan jangan anda
menghalanginya untuk menjalin hubungan siraturrahim dengan karib
kerabatnya. Perbanyaklah beristighfar
untuk dirimu, suamimu, serta kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin.
Berdoalah kepada Allah, agar dianugerahkan keturunan yang baik, niat
yang baik serta kebaikan dunia dan akhirat. Ketahuilah sesungguhnya
Rabbmu Maha Mendengar doa dan mencintai orang yang nyinyir dalam
meminta.
5sTips Kekal Segar Sepanjang Pagi

Anda
mengalami masalah mengantuk di waktu pagi?
Rasulullah s.a.w. tidak
tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat
ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"
Untuk
itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan
ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari
kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan
sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan
jika
kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi.

1.Solat Subuh=Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.
2.Senaman=Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.
3.Sembang=Rupanya
borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada
sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda-
benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.
4.Sapu rumah= Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.
5.Selesai atau Sempurna=Pastikan
semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan
mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak
sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk
sangat.
Kesimpulannya, tips2 ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul- betul berkesan. Dan bagi saya, ada dua perkara yang saya buat untuk hilangkan mengantuk dan tidak tidur lepas subuh.
Pertama, saya Segarkan diri (mandi), bila tubuh dah segar secara tak langsung, saya rasa semangat, tidak banyak pun sikit.
Kedua, study/fesbuk atau memasak
Ok, selamat beramal dan jika ingin wajah berseri ataupun awet muda, jangan amal tidur lepas Subuh ye.. >-<
Petua Untuk Mengelak Tabiat Mengumpat dan Kenapa suka mengumpat
by LayarMinda

Satu
tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh
manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah
dipanggil mengumpat.
Selalunya orang akan bercakap begini:"Aku bukan nak mengata ... tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia..""Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar..""Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan..."Pokok
pangkalnya mengata jugak namanya.
Seperti jugak kita ingin beritahu
sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang
lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain.

Apakah itu rahsia?Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita
mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam,
tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap
apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.
Petua Mengelak Mengumpat Ibnu Abbas pernah berpesan -
1.
Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah
dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam
dirimu sendiri
2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni
kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut
ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.
3.
Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan
tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela
orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,: “Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”
4.
Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana
kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala
ucapan buruk. IMPLIKASI atau PADAH akibat Mengumpati.
Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan
.ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim
.iii. Perpecahan ummah.

KENAPA SESETENGAH ORANG SUKA MENGUMPAT?

a. Ingin Melenyapkan Kemarahan
- Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan
keburukan/kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi ia
mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta
dendam dalam hati.
b. Kemegahan Diri –
Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan
lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang
tersebut.
c. Dengki - Iri hati melihat
orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau
mengambil peluang (capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang
tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.
d. Saja Suka-Suka
– Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak
ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut
keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa. Selalunya
dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.
e. Menghina Orang
- Iaitu menganggap hina, rendah/lemah terhadap orang lain. Ini
disebabkan kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada
terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.
Dipetik dari : Ekslopedia petua melayu lama
4 TAHAP PENDEKATAN IBUBAPA TERHADAP ANAK


Posted on June 14, 2008 by shahmuzir

Assalamu ‘alaikum warahmatullah…
Berikut adalah beberapa tips tentang
pendekatan ibubapa terhadap anak-anak yang saya perolehi & ingati
sejak di bangku IPT lagi melalui satu ceramah agama. Saya rasa ada
kebenarannya pada tips-tips tersebut, dan kalian boleh cuba supaya
pendekatan pendidikan & layanan kita terhadap anak-anak sesuai
dengan tahap pemikiran & kemanjaan mereka:
7 Tahun Pertama:
Berilah anak2 kita kasih sayang yang melimpah. Manjailah mereka.
Penuhilah hidup mereka dengan riang dan tawa. Di waktu umur yang
sebegini, mereka masih belum layak untuk menerima suara garang kita,
marah kita, tengking kita. Tanamilah mereka dengan sifat mahmudah seusia
kecil melalui contoh dan teladan.
7 Tahun Kedua:
Perkenalkanlah mereka akan disiplin dan peraturan. Tanamkan di dalam
diri anak2 kita agar hidup berperaturan. Jika solat dan akhlaq mulia
belum diajar, maka usah bertangguh. Marahilah mereka andai solat tidak
ditunaikan, andai akhlaq mulia dikesampingkan. Namun, kemarahan itu
haruslah mempunyai nilai didikan dan asuhan. Berhikmahlah.
7 Tahun Ketiga:
Layanilah mereka seperti kawan. Raikan cita2 dan minat mereka. Pandulah
kecenderungan mereka agar menepati ajaran dan suruhan agama. Jiwa remaja
yang sentiasa mencari identiti terkadang keliru jika dibiarkan mereka
dipandu dek kawan2. Maka, jadilah kawan/rakan mereka. Selamilah jiwa
mereka. Ketika ini, mereka memerlukan panduan/kawan dalam menyuluh
kekeliruan.
7 Tahun Keempat dan Seterusnya:
Mereka kini sudah dewasa. Maka, selayaknyalah mereka dilayan
sebagai dewasa. Kata2 mereka, buah fikiran mereka, idea mereka telah pun
matang di waktu sebegini. Usah dipandang lekeh/remeh. Namun, sebagai
bapa dan ibu, tugas kita tetap menegur dan memandu mereka sebagai anak2
kita. Berpada2lah.
Saya pun kadang2 terlajak jugak. Sebab tulah kita kena saling ingat-mengingati.
Semoga bermanfaat.
WAllahu ta’ala a’lam.
BERHATI-HATILAH MENGGUNAKAN FB...JGN TERLALU EXCITED HINGGA MELUPAKAN SESUATU....

contoh 1..bgn pagi2 buta utk bertahajud,sunyi
sepi diluar pengetahuan org.. tiba2 timbul kat fb menyatakan oh harini
aku sembahyang tahajud. -sembunyikanlah amalan yg seharusnya hanya diri sendiri dan Allah saja yg mengetahui.

contoh 2...
sekejap tadi tolong nasihat kawan ada masalah sikit ngan keluarga..
tiba2 buka fb update status -tabahnye kawan aku,walaupun suami dia
begitu begini.. dia tetap sabar -hati2lah..simpati anda jgn sampai membuka aib/masalah org kpd umum.

contoh 3...
subuh tadi solat memanjatkan doa.. Ya Allah,hanya kpdmu tempatku
mengadu segala masalahku,engkau permudahkanlah..amin. buka fb update
status luahkan kat fb mngharapkan sokong2an kwn2. habis seluruh kwn fb
maklum tntang masalah anda(masalah kewangan dll) -seharusnya bila
kita sudah mengharapkan Allah utk mengadu segala bebanan,jgn
'menduakannya' dgn fb.. kelak membuka aib sendiri dan org2 yg brkenan.

contoh 4...balik keje,tiba2 maid atau ipar minta tolong hantar ke hospital..
hantarlah dlm hati takpe,aku ikhlaskan diri. sampai hospital,bosan.. on
fb.. update status..'argghh letihnye.. dahlah balik keje bla bla bla
-sebab tu sembunyikanlah amalan anda,biar kita dengan yang maha
mengetahui je yg tahu.. bila dah begitu,susah pyh dah tiada imbalannya..
kosong.. kerana hilang keikhlasan.

contoh 5 ... elok2 tutup
aurat.. upload pic tutup aurat semua.. pahtu terselit pic pasangan
cium/peluk. meskipun dah tutup aurat dan dah sah.. berhati2lah.. anda
sedang menggalakkan zina mata,yg adakalanya membangkitkan nafsu org yg
tinggi nafsunya dan sedang memberi inspirasi kpd pasangan yg belum sah.

WALLAHUA'LAM
KESILAPAN SUAMI ISTERI YANG PERLU DIJAUHI AGAR RUMAHTANGGA TETAP HARMONI

1) Kerap mengkritik pasangan tanpa hikmah dan amat kurang memuji sifat, kelakuan dan tindakannya.
2) Kerap tidak mengambil berat untuk menghargai dan mengucapkan terima kasih atas bantuan atau khidmat pasangan
3) Mudah buruk sangka
4) Tidak serious dan mengambil berat untuk berbincang sebaiknya bagi menyelesaikan masalah yang timbul
5) Tidak menjaga interaksi sesama suami isteri dan anak-anak sehingga masing-masing seolah-olah hidup sendiri-sendiri
6) Mudah menceritakan aib pasangan atau kelemahannya kepada teman-teman
7) Tidak mementingkan berdandan semata-mata untuk pasangan tersayang di rumah
8) Tidak memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan
9) Tidak setia dan jujur dengan pasangan dan mudah bermesra dengan orang lain
10) Tidak menjaga hubungan dengan Allah SWT dan kurang berdoa agar kehidupan di rahmati Allah SWT
Wallahua'lam...

Rahsia Air Tangan isteri/ibu

Diforwardkan oleh seorang rakan beberapa tahun yang lepas. Rasanya bagus untuk dikongsi bersama.
Pada
yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah one
day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan
sebaliknya.... bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena
rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah,
dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...
Membasuh
pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak
apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan
suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju
sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut
kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu). Juga
bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd
penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm
pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta
sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali
dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu), APA RAHSIA NYA??? AIR TANGAN!!!!...
itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak
ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya'
air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat
dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang
yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita
sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn
masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg
terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!. Begitu
juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu
membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan
datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih
teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan
dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah
mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun
anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada
akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...Tak
dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah
malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai,
kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil
kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan
membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu. Kebajikan
Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan
seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2
suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh
org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu
sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri
yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula
hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina
fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan
bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian
suami boleh berubah angin!!!). Jadi berhati2lah dlm
mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga
dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami
jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya).
Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan
suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli
di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti'
buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn
kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat
sendiri. Penat usah cerita, semua kita penat, samada
bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari
beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh
serta tak masuk akal. Lagi satu bab pakaian kecik, kalau
org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi
cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia
ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka
sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya
kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu
ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg
kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai
yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan
dgn baju2 lainnya. Berbanding kita sekarang, sidai pakaian
dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai
di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang.
Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang
cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita... Pakaian
dlm ini (maaf kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih bahasa
yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami
isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri.
Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan
menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2
saja ye tak...kenapa musti bagi org lain menguruskannya'??? Dan
ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu
ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya
sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul
juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu,
'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara
suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara
keduanya agar kekal sampai bila2. Selalu
selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak &
disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan
ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak
akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu.
Wallahua'lam.....

12 Maksiat hati

12 Maksiat Hati

1. Buruk sangka terhadap Allah SWT.
2. Merasa aman daripada kemurkaan Allah SWT.
3. Putus asa dengan rahmat Allah SWT.
4. Bersifat takabbur sesama manusia.
5. Riak atau melakukan kebajikan dengan tujuan bermegah-megah.
6. Ujub atau berbangga dengan amal ibadat yang dilakukan.
7. Dengki dan dendam.
8. Berazam mengekali ibadat atau berazam sentiasa hidup dalam keadaan maksiat.
9. Sayang mengeluarkan harta untuk nafqah dan zakat.
10. Buruk sangka sesama manusia..
11. Menghina manusia lain tanpa kebenaran syarak.
12. Memberi sumbangan dan terlibat dalam perkara maksiat.

Moga kita terlidung dari maksiat hati tersebut

SEnyum itu Indah

SENYUM ITU INDAH..SENYUM ITU IBADAH..SENYUM ITU SEDEKAH...:))

1. Senyum membuat Anda lebih menarik. Orang yg byk tersenyum memiliki daya tarik. Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya
nyaman dan senang. Orang yg selalu merengut, cemburut,mengerutkan
kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman.
Dipastikan orang yg byk tersenyum memiliki byk teman.
2. Senyum
mengubah perasaan. Jika Anda sedang sedih, cubalah tersenyum. Senyuman
akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut penelitian, senyum
bisa memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.
3. Senyum
menular. Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi
lebih riang. Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa
lebih bahagia.
4. Senyum menghilangkan stres. Stres bisa terlihat
di wajah.Senyuman bisa menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.
Ketika Anda stres, ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi
stres dan membuat fikiran lebih jernih.
5. Senyum meningkatkan
imunitas. Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun
tubuh bekerja maksimal saat seseorang merasa rileks. Menurut penelitian,
flu dan batuk bisa hilang dengan senyum.
6. Senyum menurunkan
tekanan darah. Tidak percaya? Cuba Anda mencatat tekanan darah saat Anda
tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat Anda tersenyum saat
diperiksa. Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.
7.
Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin.Senyum
ibarat obat alami. Ketiganya adalah hormon yg bisa mengendalikan rasa
sakit.
8. Senyum membuat awet muda. Senyuman menggerakkan banyak
otot .Akibatnya otot wajah terlatih sehingga Anda tidak perlu melakukan
facelift. Dijamin dengan byk tersenyum, Anda akan terlihat lebih awet
muda.
9. Senyum membuat Anda terlihat sukses. Orang yg tersenyum
terlihat lebih percaya diri, terkenal, dan bisa diandalkan. Pasang
senyum saat mesyuarat atau bertemu dengan klien. Pasti kolega Anda akan
melihat Anda lebih baik.
10. Senyum membuat orang berpikir
positif. Coba lakukan ini :pikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti
susah. Penyebabnya, ketika Anda tersenyum, tubuh mengirim sinyal "hidup
adalah baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai
anugerah.
Waallahu A'lam bissawab....

Petua Surirumah bina Yakin Diri

Petua Suri Rumah Bina Yakin Diri

1. Jangan berasa tertekan ketika menyempurnakan kerja-kerja dalam rumah yang bertimbun dan tidak pernah habis. – Teruskan dan bereskan semuanya dengan penuh rasa bertanggungjawab. Jika anda selalu merasa ragu-ragu, itu petanda besar anda kurang yakin dengan diri sendiri.

2. Minta suami menegur anda untuk memperbaiki kualiti diri anda. - Suami akan nampak kekurangan diri anda yang mungkin anda tidak nampak. Untuk memperbaiki diri, kritikan serta teguran orang lain, amat perlu. Bila anda sudah ditegur, diamkan diri dan jangan lawan. Teguran, walaupun pedas, baik untuk mengatasi kekurangan diri kita.Kita harus terima teguran, serap dan tukar ia menjadi pencetus perubahan positif. Tidak ada ruginya kalau teguran itu benar bagai dikata. Hanya orang yang ego tebal atau tinggi, tidak sanggup ditegur. Apabila anda berubah, suami nampak perubahan itu, dia akan gembira dan lebih sayang.

3. Berkawan dengan suri rumah lain yang bersikap positif sahaja. - Pilih suri rumah yang anda lihat positif sikapnya, percakapannya dan perbuatannya. Dengan sikap positif, kita boleh hilangkan keraguan, kesangsian, rasa kurang keyakinan dan juga dan perasaan takut.

Kenapa Anda Mesti Yakin Diri? - Jika anda kurang keyakinan diri, beberapa masalah atau kesulitan akan berlaku:

1. Suami hilang “selera” dan keyakinan pada anda.
2. Anda bercelaru, bermasalah dalam mengurus diri, mengurus anak-anak, dan mengurus suami.
3. Asyik melakukan kesilapan dan anda malas mengatasi kesilapan.
4. Anda tertekan dan ini menyebabkan anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Susulan itu, anda jadi malas dan selalu berperasaan muram.
5. Suami pula asyik mencemuh sikap anda kerana bosan dengan ketidakyakinan anda. Mungkin dia akan jarang balik ke rumah.

KACANG SOYA MEMBAHAYAKAN????

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita tel...ah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

RAHSIA WUDHU'

RAHSIA WUDHU'

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk . Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kena...pa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?


Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.


Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.


Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.


Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.


Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)


Muka 84 Tangan 95 Kepala 64 Telinga 125 Kaki 125 Jumlah keseluruhan = 493!


Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

ubhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…


Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:


Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.


Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.


Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.


Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…


Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda. Sila share dengan rakan2 anda di fb atau blog masing2.

KELEBIHAN ZIKIR 'LAILAHAILLALAH

KELEBIHAN ZIKIR'LAILAHAILALLAH'

Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilaha illallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilaha illallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".


...Kelebihan:


1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ˜Laailaha illallah'. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.


2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.


3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ˜Laailaha illallah' di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.


4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)


5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ˜Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ˜ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya'.


6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ˜Laailaha illallah' sampai kepada Allah


7. Hadis lain: Zikir ˜Laailaha illallah' tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.


8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ˜Laailaha illallah' diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.


9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ˜Laailaha illallah' dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

Sunday, January 30, 2011

Maafkan Aku Wahai Suami

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?
Jawabnya, dengan iman.
Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut... tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang... tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jangan Ada Takbur, Cinta Pasti Hancur
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada "virusnya". Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi 'tangan' yang ego, tidak mahu bersentuhan... Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami 'disabotaj'nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego si isteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh... sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
House dan Home
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi 'house' tidak jadi 'home' lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi... kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Dapatkan Cinta Dengan 'Membeli' Cinta
Ada juga pasangan yang hendak 'membeli' cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu 'menyamar' sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
"Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah."
Carilah Allah
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
"Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin."
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Dsn. Bhd.. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.

Kata_kata Hikmah

Aku teliti semua sahabat,dan tidakku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Akufikirkan tentang pakaian,tapi tidakku temui pakaian yang lebih baik dari daripada takwa.Aku renung semua jenis amal baik,namun tidak ada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.aku cari segala bentuk rezki,tapi tidakku temukan rezki yang lebih baik daripada sabar..
(Khalifah Umar)