Wednesday, February 2, 2011

Petua Untuk Mengelak Tabiat Mengumpat dan Kenapa suka mengumpat
by LayarMinda

Satu
tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh
manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah
dipanggil mengumpat.
Selalunya orang akan bercakap begini:"Aku bukan nak mengata ... tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia..""Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar..""Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan..."Pokok
pangkalnya mengata jugak namanya.
Seperti jugak kita ingin beritahu
sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang
lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain.

Apakah itu rahsia?Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita
mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam,
tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap
apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.
Petua Mengelak Mengumpat Ibnu Abbas pernah berpesan -
1.
Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah
dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam
dirimu sendiri
2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni
kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut
ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.
3.
Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan
tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela
orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,: “Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”
4.
Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana
kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala
ucapan buruk. IMPLIKASI atau PADAH akibat Mengumpati.
Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan
.ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim
.iii. Perpecahan ummah.

KENAPA SESETENGAH ORANG SUKA MENGUMPAT?

a. Ingin Melenyapkan Kemarahan
- Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan
keburukan/kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi ia
mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta
dendam dalam hati.
b. Kemegahan Diri –
Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan
lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang
tersebut.
c. Dengki - Iri hati melihat
orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau
mengambil peluang (capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang
tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.
d. Saja Suka-Suka
– Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak
ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut
keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa. Selalunya
dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.
e. Menghina Orang
- Iaitu menganggap hina, rendah/lemah terhadap orang lain. Ini
disebabkan kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada
terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.
Dipetik dari : Ekslopedia petua melayu lama

No comments:

Post a Comment

Kata_kata Hikmah

Aku teliti semua sahabat,dan tidakku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Akufikirkan tentang pakaian,tapi tidakku temui pakaian yang lebih baik dari daripada takwa.Aku renung semua jenis amal baik,namun tidak ada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.aku cari segala bentuk rezki,tapi tidakku temukan rezki yang lebih baik daripada sabar..
(Khalifah Umar)