Wednesday, February 2, 2011

Petua Surirumah bina Yakin Diri

Petua Suri Rumah Bina Yakin Diri

1. Jangan berasa tertekan ketika menyempurnakan kerja-kerja dalam rumah yang bertimbun dan tidak pernah habis. – Teruskan dan bereskan semuanya dengan penuh rasa bertanggungjawab. Jika anda selalu merasa ragu-ragu, itu petanda besar anda kurang yakin dengan diri sendiri.

2. Minta suami menegur anda untuk memperbaiki kualiti diri anda. - Suami akan nampak kekurangan diri anda yang mungkin anda tidak nampak. Untuk memperbaiki diri, kritikan serta teguran orang lain, amat perlu. Bila anda sudah ditegur, diamkan diri dan jangan lawan. Teguran, walaupun pedas, baik untuk mengatasi kekurangan diri kita.Kita harus terima teguran, serap dan tukar ia menjadi pencetus perubahan positif. Tidak ada ruginya kalau teguran itu benar bagai dikata. Hanya orang yang ego tebal atau tinggi, tidak sanggup ditegur. Apabila anda berubah, suami nampak perubahan itu, dia akan gembira dan lebih sayang.

3. Berkawan dengan suri rumah lain yang bersikap positif sahaja. - Pilih suri rumah yang anda lihat positif sikapnya, percakapannya dan perbuatannya. Dengan sikap positif, kita boleh hilangkan keraguan, kesangsian, rasa kurang keyakinan dan juga dan perasaan takut.

Kenapa Anda Mesti Yakin Diri? - Jika anda kurang keyakinan diri, beberapa masalah atau kesulitan akan berlaku:

1. Suami hilang “selera” dan keyakinan pada anda.
2. Anda bercelaru, bermasalah dalam mengurus diri, mengurus anak-anak, dan mengurus suami.
3. Asyik melakukan kesilapan dan anda malas mengatasi kesilapan.
4. Anda tertekan dan ini menyebabkan anda tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Susulan itu, anda jadi malas dan selalu berperasaan muram.
5. Suami pula asyik mencemuh sikap anda kerana bosan dengan ketidakyakinan anda. Mungkin dia akan jarang balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Kata_kata Hikmah

Aku teliti semua sahabat,dan tidakku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Akufikirkan tentang pakaian,tapi tidakku temui pakaian yang lebih baik dari daripada takwa.Aku renung semua jenis amal baik,namun tidak ada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.aku cari segala bentuk rezki,tapi tidakku temukan rezki yang lebih baik daripada sabar..
(Khalifah Umar)