Wednesday, January 19, 2011

7 Kalimah Suci

Tujuh Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W" Barang siapa hafal tujuh
kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni
dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya
>>>dari tafsir hanafi

Bismillahhirrahmanirrahim

Mulakan harimu dgn kalimah Bismillah.......

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala

sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:



Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:



1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.

2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.

3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.

4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..



Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.

Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.



Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan
akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut..
Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan
mengatakan: " Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah
baik-baik.. "

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM .



Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka
sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke
laut. Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun
meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan
beberapa waktu lalu.



Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia
menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam
keadaan basah ( air laut ) lalu menyerahkannya kepada suaminya.



Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan
setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia ( suami)
telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri
dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM .




Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan
mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru
maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut
tidak digunakan oleh makhluk lain ( gol. Jin ), ini dapat kita lihat
apabila kita

menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak
nyaman.. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab
ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan
oleh makhluk lain dengan cara mereka.



Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum
wanita ( pria juga ) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa
disedari olehnya sendiri ( wanita tersebut ) bahawa dia telah melakukan
hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk
akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah
membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat
kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan
aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai
dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam
melakukan aktiviti kita sehari-hari.

50 Ciri-Ciri Ibubapa Cemerlang

1. Ibu Bapa yang Memiliki IQ Cemerlang
2. Ibu Bapa yang Menjadi Suami Isteri Cemerlang
3. Ibu Bapa yang Beriman
4. Ibu Bapa yang Tahu Membezakan Halal Dan Haram
5. Ibu Bapa yang Tahu Kewajipan Dan Hak Sebagai Ibu Bapa
6. Ibu Bapa yang Amanah
7. Ibu Bapa yang Adil
8. Ibu Bapa yang Berilmu
9. Ibu Bapa yang Peka Dan Prihatin
10. Ibu Bapa yang Mesra Dan Penyayang
11. Ibu Bapa yang Menjaga Kebersihan
12. Ibu Bapa yang Tahu Ilmu Psikologi
13. Ibu Bapa yang Tidak Menjadikan Anak-Anak Sebagai Mangsa
14. Ibu Bapa yang Memahami Ajaran Al-Quran Dan Hadis
15. Ibu Bapa yang Mengelak Perbuatan yang Ditegah Agama
16. Ibu Bapa yang Tahu Perkara yang Boleh Membatalkan Islam dan Iman
17. Ibu Bapa yang Tahu Ilmu Tajwid
18. Ibu Bapa yang Tahu Menggunakan Lidah
19. Ibu Bapa yang Tahu Menyembunyikan Masalah
20. Ibu Bapa yang Mengelak Pergaduhan Di Hadapan Anak-Anak
21. Ibu Bapa yang Tidak Mendera Fizikal dan Mental Anak-Anak
22. Ibu Bapa yang Suka Menasihati dan Dinasihati
23. Ibu Bapa yang Mempunyai Mentaliti “Kami Serba Kekurangan”
24. Ibu Bapa yang Sering Muhasabah Diri
25. Ibu Bapa yang Rajin Mendidik Anak-Anak
26. Ibu Bapa yang Menanam Iman ke dalam Jiwa Anak
27. Ibu Bapa yang Tidak Mendedahkan Aib Pasangan
28. Ibu Bapa yang Mampu Menjadi Guru di Rumah
29. Ibu Bapa yang Merendah Diri
30. Ibu Bapa yang Menepati Janji
31. Ibu Bapa yang Bijak Mengawal Emosi
32. Ibu Bapa yang Pandai Menyelesaikan Masalah
33. Ibu Bapa yang Mengambil Tahu Masalah Anak
34. Ibu Bapa yang Menanam Sifat Hormat Bukan Takut Kepada Anak
35. Ibu Bapa yang Tidak Suka Mengungkit
36. Ibu Bapa yang Suka Menghadiri Majlis Ilmu
37. Ibu Bapa yang Memiliki Sifat Mahmudah
38. Ibu Bapa yang Menjauhi Sifat Mazmumah
39. Ibu Bapa yang Memiliki Hobi Berfaedah
40. Ibu Bapa yang Mengelakkan Sifat Suka Menyalahkan Anak
41. Ibu Bapa yang Sabar Dengan Karenah Anak
42. Ibu Bapa yang Suka Membantu
43. Ibu Bapa yang Berani Mengaku Kesalahan
44. Ibu Bapa yang Rajin Membaca
45. Ibu Bapa yang Berfikiran Positif
46. Ibu Bapa yang Mempunyai Buku Catatan
47. Ibu Bapa yang Bersifat Tegas
48. Ibu Bapa yang Berlemah Lembut
49. Ibu Bapa yang Pemaaf
50. Ibu Bapa yang Mampu Menjadi Role Model yang Baik kepada Anak

25 Pesanan Luqman Hakim Pada Anaknya

Tidak mudah untuk menjadi ibu bapa di zaman serba moden ini. Terlalu
banyak cabaran dan pesaing bagi ibu bapa; televisyen, rakan-rakan dan
pengaruh persekitaran. Anak-anak seolah-olah menjadi lebih bijak, bahkan
menjadi lebih berani bertindak berbanding ibu bapa mereka sendiri.
Menghadapi situasi seperti ini ibu bapa perlu lebih bijak dan arif.
Tentunya ibu bapa perlu berubah seiring dengan peredaran zaman. Kejayaan
Luqman al-Hakim dalam menjadi seorang ayah yang cemerlang seperti yang
diceritakan dalam Al-Quran boleh menjadi model terbaik untuk diikuti
oleh setiap ibu bapa.

25 PESANAN LUQMAN AL HAKIM PADA ANAKNYA
1)Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg
dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,
ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2)Orang-orang yg sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar
setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.
3) Hai anakku; orang yg merasa dirinya
hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia
tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu
berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
4) Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam-tanaman.
5) Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang
dan gelisah di waktu malam.
6) Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH.Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau
akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
7)Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu
besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd
orang yg tidak mahu mengerti.
8) Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat,tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
9) Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada
orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10)Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yg berbahaya.
11) Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu
kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya
mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12)Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya
makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kpd anjing sahaja.
13) Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.
14) Makanlah makananmu bersama sama dengan
orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak
dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15) Hai anakku;bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan
orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16) Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan
itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil
dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17)Selalulah baik tutur kata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang
terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18)Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg
mengharapkan sesuatu darimu.
19) Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan
mendatangkan cela pd dirimu.
20) Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya
tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan
dunianya.
21) Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau
akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar
bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22) Hai
anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia-siakan hartamu.
23) Barang sesiapa yg penyayang tentu
akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg
mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr
berkata kotor tentu akan menyesal.
24) Hai anakku; bergaullah
rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah
hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yg subur lalu disirami air hujan.
25) Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang
atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat
beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai
itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg
bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sumber:Keluarga-HOC

Untukmu Wanita

~UNTUKMU WANITA~peringatan utk diriku jua
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita,
walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu
merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24
yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.
Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi,
begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan
yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat
hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan
Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran
mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang
teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan
jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah
terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias
diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada
kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa
yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki,
termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya
hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah
muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah,
ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang
memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan
purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi
cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi
atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum
seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga
bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka
dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang
daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu
untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah
wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana
dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga
dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di
belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada
keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada
Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu
tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang
telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak
tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang
mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun
aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam;
bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk
mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang
raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk
kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis
yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan
hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi
bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang
sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah
SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan
hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Sumber:iluvislam

Ujian Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan
mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang
mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian
samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula
melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau
kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam
hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Allah
Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk
menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik
ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan
sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui
diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah,
mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan
sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu
bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada
mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya
hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala
Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk
menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat.
Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga
bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan
dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah
bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu). Bagi
orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat.
Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan,
kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan
redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita
tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh
dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah
Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita
di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih
dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di
dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita
telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan
hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita.
Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan
takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta
melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan. Apabila
kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa
bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita
menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang
menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa
saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya.
Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita
sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah;
tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa
kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah,
sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian
itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih
belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta
segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan
kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita,
dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:“Apakah
kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi
Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata
orang-orang yang bersabar.” Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.” Allah
takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita
mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa
mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita
kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya
dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali
dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk
meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian
yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke
Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah
mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para
malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku
durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.” Demikianlah,
orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila
diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji
kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang
mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak
menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita,
menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa
kita diuji…. Marilah kita lihat
bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid
merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid
yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera
terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk
tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di
sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir,
sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada
ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam?
Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan
keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang diatidak
mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah
dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha
Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik
kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita.
Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada
ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh
dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari
akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar
mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah,
andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001
jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti
merungut ketika diuji?

10 Tanda Hati Mati

10 TANDA HATI MATI :
1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya
2. Kita mengaku cinta Rasulullah tapi mengabaikan sunnah nya
3. Kita membaca Al Qur'an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya
5. Kita mengaku musuh syaithan, tapi mengikutinya
6. Kita mengaku nikmat surga tapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Kita mengaku adanya siksa neraka, tapi tidak berusaha menjauhinya
8. Kita mengakui bahwa kematian akan datang pada setiap jiwa, tapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya
9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri
10. Kita menghantar dan mengubur jenazah tapi tidak mengambil hikmah darinya.

Pernahkah kita.....??

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu
kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut
putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di
wajahnya.
Lihatlah ibu anda, kulitnya mulai kendur dan
tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh kita semasa bayi , kini
kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah
yang se tiap hari menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling
rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih
dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan. Cubalah
menatap wajah orang-orang yang kita cintai - Ayah, Ibu, Suami, Isteri,
Kakak, Adik, Anak, Sahabat, dan semuanya ….
Rasakanlah sensasi yang
timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Resapilah
kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap
wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu
seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah
apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tidak
lagi membuka matanya untuk selama-lamanya ….. 
by..Pakngah

Char Kue Teow

try bt sendiri lak Char Kuey Teow
Bahan Buat Kicap:

Air Rebusan Udang
Sedikit sos ikan
Gula Melaka
Kicap Cair
Kicap Masin
Sos Tiram
(Masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap)

Bahan Buat Pes Cili:

Isi Udang dikisar
Cili Kering dikisar
Bawang Putih dikisar
Sedikit bawang besar dikisar
Garam
Gula
Sedikit minyak
(Tumis bawang putih, bawang merah, cili Kering, udang sehingga menjadi mcm cili boh)


Bahan-bahan buat Char Kuey Teow:

Udang (jgn buang kulit, kepala, ekor)
Kuey Teow
Taugeh
Kucai
lada sulah jika suka
Kerang (rebus separuh masak)
Telor
Minyak

Cara menyediakan:

1) Masukkan minyak, goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan.
2) Tuang 2 sudu besar kicap char kuey teow,3 sudu besar pes cili dan kacau.
3) Masukkan kuey teow, taugeh, kucai dan kacau.
4) Pecah 1 biji telor dan kacau, lepas tu masukkan 1 senduk kicap char kuey teow sekali lagi dan kacau.
5) Sedia dihidangkan bersama cili jeruk.

(terimakasih pd yg empunya respi dan gambar)

Jangan Mengumpat

MENGUMPAT:Seperti makan daging saudara sendiri
Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..
Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?
Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.
Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari
mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa
dengan mengumpat…
Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.
Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut
kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam
masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak,
perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.
Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam
sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman
mulut ni!
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah
pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.
Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?
Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..
1. Bila berkumpul dengan kawan-kawan..
dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu
tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari
situasi ni.
2. Bila yang nak jadi moderator ‘umpat2′ tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.
Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak
senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi
layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai
keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.
3. Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..
tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.
Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!
4. Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.
Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.
Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.
5. Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.
Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..
Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..
6. Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat
orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah
atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang
tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak
pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat,
tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada
yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan…
7. Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.
Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.
Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.
Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..
Source: iluvislam

Nasi kukus Ayam berempah


Respi/gambar ni di ambil dr  koleksi respi masakan

Bahan-bahan untuk nasi:

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air


Cara menyediakan:
. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.



Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam
3 s/b rempah kari daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 inci halia dikisar
3 batang serai dikisar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam

2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

Bahan-bahan untuk sambal belacan:
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
Garam
2 biji limau nipis
Cara menyediakan:

1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.

2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
(Sumber:koleksi resepi masakan)

Jagalah Hati Pasangan

PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira
waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.
Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang
perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.
Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.
Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan
tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka
sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang
terjadi.
Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan
tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan
hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk
orang lain.
Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,
ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang
dahulu”. Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika
kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik
kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.
Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara
yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil
dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan
baik.
Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.
Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.
Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan.
Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan
harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’
digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.
Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur.
Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan
memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain
perlu mendengar dengan baik.
Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga
jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan
dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.
Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan
anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk
menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu
walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.
Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.
Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan.
Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu
dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.
Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya,
andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda
itu.
Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah
bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang
sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak
mengecilkan hatinya.
Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.
Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.
Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu
ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah
tersebut.
Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama
ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan
sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.
Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan
anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah
sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.
Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah
pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan
anda.
Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya.
Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih
penting untuk dijaga.
Source: Utusan Malaysia Online

Ibubapa Adalah Cermin Kpd Anak2

IBUBAPA ADALAH CERMIN KEPADA ANAK-ANAK

Oleh: md zainal mzd
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:“
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara,
1-masa lapang sebelum
datang masa sibuk,
2-masa senang sebelum susah,
3-masa sihat sebelum sakit,
4-masa muda sebelum tua, dan
5-masa hidup sebelum datangnya maut”
Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana berada dalam sebuah negara yang aman
damai, boleh bekerja mencari rezeki dan boleh beribadat tanpa gangguan.
Pada keseluruhannya keamanan adalah terjamin dan hubungan antara satu
sama lain adalah baik tanpa mengira kaum, bangsa ataupun agama.”Berbanding
di banyak tempat di dunia ini yang tidak aman, pertumpahan darah sering
berlaku walaupun antara sesama bangsa dan seagama. Kita patut insaf dan
sedar bahawa kita mempunyai banyak peluang untuk melakukan yang terbaik
berbanding contohnya umat Islam di Palestin yang sentiasa dalam
kekeliruan dan bencana akibat penindasan rejim haram yang menjadi musuh
Allah.
Sayugia kita sedar, umur umat akhir zaman ini sepertimana
sabda rasulullah dalam sebuah hadisnya ialah antara 60 hingga 70 tahun
sahaja. Oleh itu marilah kita pergunakan sewajarnya umur kita yang masih
ada, yang muda cara yang muda manakala yang tua sesuai dengan umur yang
tua. Keadaan generasi yang akan datang banyak bergantung kepada apa
yang kita perlakukan pada hari ini.Bagi mereka yang mempunyai
anak-anak terutama yang masih kecil, marilah kita isikan umur mereka
dengan membina asas yang kukuh yang diperlukan untuk hidup bagi
tempohmasa sekurang-kurangnya lima puluh tahun yang akan datang. Bila
sampai waktu itu sebahagian dari kita sudah pasti tiada bersama kerana
tiada siapa yang boleh menongkat dunia selama-lamanya.Kalau kita
telah berusaha memberi didikan yang baik untuk anak-anak kita, maka
bolehlah berharap dan berdoa agar Allah kurniakan kebaikan kepada
mereka, berdoa tanpa berusaha tidak menjamin apa-apa.
Firman Allah dalam Al-Quran,
1. “ Sesungguhnya tidak akan mendapat seseorang itu melainkan sekadar usahanya”
2. “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkanmereka sendiri berusaha mengubahnya”Dalam
banyak perkara terutama waktu masih kecil, anak-anak kita tidak faham
apa yang kita perbuat atau perkatakan, tetapi kebolehan mereka untuk
mendengar dan melihat, banyak mempengaruhi cara berfikir dalam
pembentukan tingkahlaku mereka pada masa hadapan atau bila diwasa nanti.
Disamping
itu kita hendaklah sentiasa berusaha menjaga makan minum serta pakaian
dari perkara-perkara yang meragukan.. Adalah dituntut memperbanyakkan
selawat sewaktu menyediakan makanan dan minuman agar kita mendapat
keberkatannya.Di sini diperturunkan ( sekadar contoh ) beberapa perkara yang dianjurkan oleh Islam.Sewaktu dalam kandungan
1. Suami dan isteri bergaullah secara Islam, pakaian , percakapan dan sebagainya
2. Banyak memperdengarkan bacaan Al-Quran sejak dari dalam kandungan terutama selepas tiga atau empat bulan iaitu bila roh telah ditiupkan ke jasadnya. Dianjurkan supaya ibudan bapa membaca sendiri Al-Quran bukan dengan memperdengarkan kaset atausebagainya, kemerduan suara ibubapa akan diingati sampai bila-bila.
3. Ibu-ibu yang mengandung perlu mengelakkan mengunjungi tempat-tempat terlarangatau berlama ditempatnya.
4. Ibubapa sentiasa melakukan perkara atau amalan yang baik dan menjauhi perkara-perkaradosa dan mungkar.
5. Sentiasa harmoni sesama suami-isteri, bertutur dengan sopan dalam semua perkaraterutama bila kandungan sudah sampai waktu boleh mendengar.
Sewaktu bayi atau kanak-kanak:
1. Mengazankan dan mengiqamatkan sewaktu anak atau anak-anak dilahirkan.
2. Mendodoikan dan menidurkan mereka dengan bacaan Al-Quran atau sekurang-kurangnyadengan perkara yang dibenarkan Islam.
3. Berselawat dan mengusap ubun-ubunnya serta sentiasa berdoa kebaikan untuknya.
4. Banyak membaca Surah Al Insyiraah sewaktu menidurkannya dan bila-bila sahaja kitaberpeluang bersama dengannya.
5. Bila kepergian samaada sendirian atau berkeluarga , usahakan supaya kita pulang kerumah tanpa melewati waktu maghrib.
6. Memelihara penglihatan dan pendengaran mereka dari perkara-perkara yang melalaikandan perkara-perkara seumpamanya.
7. Bila umur meningkat, dekatkan mereka dengan Al-Quran secara perlahan-lahan. Adalahsuatu yang amat dituntut ibubapa sendiri mengajar mereka bukan dengan menyerahkantugas itu kepada orang lain. Kalaupun tak dapat selalu, sekali sekala bacalah bersamamereka.8. Solat berjemaah, jika tidak dapat selalu buatlah sekerap mungkin.
8. Bawalah anak-anak mengunjungi tempat-tempat ibadat Islam dan di mana yang sesuaibuatlah ibadat berjemaah serta jangan lupa berdoa bersama mereka..
9. Sekali sekala bawa anak-anak menziarahi orang yang menjadi sahabat atau jiran kitaatau ibubapa kita. Mengekalkan silaturrahim sebegini amatlah dituntut oleh Islam.
10. Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang tidak dianjurkan agama Islam.
11. Tunjukkan sikap toleransi antara ibubapa dalam apa perkara sekalipun dan jangan sekali-kali meninggikan suara terutama ibu kerana pengaruh ibu cukup kuat dalam pembentukansahsiah anak-anak. Sentiasa berusaha menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
12. Sebanyak mungkin amalkan makan bersama demi mengelakkan sikap individualistikdan dalam waktu yang sama tidak membazir serta dapat menjimatkan makanan
13. Bila memasuki alam persekolahan eloklah dimulakan dengan pendidikan secara Islam.
14. Sentiasa memberi nasihat supaya menjaga tingkahlaku dan adab sopan.
15. Sebelum melepaskan mereka keluar rumah, usaplah kepala anak-anak dengan doa yangbaik-baik dan berpesan supaya berhati-hati dalam semua perkara, jika masih belajar,doakan supaya sentiasa rajin dan istiqamah dalam pelajaran mereka.
16. Banyakkan solat tahajjud dan seumpamanya dan pohonlah Redha Allah terhadap apayang kita kerjakan.
Walaupun kini kita sedia maklum, kebanyakan kita tidak mampu untuk melakukan
semua perkara-perkara tersebut kerana terlalu sibuk dengan urusan
harian, tetapi kita kena ingat, usaha yang baik atau kelalaian pada hari
ini akan hanya dapat dilihat kesannya sepuluh atau lima belas tahun
kemudian, bila anak-anak itu diwasa nanti. Waktu itu nasi sudah menjadi
bubur dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa lagi.
Dalam melakukan sebarang tindakan, kadang-kadang kita tersilap memberi
keutamaan. Apa yang kita lakukan adakah semuanya mengikut landasan yang
dibenarkan Islam. Kadang-kadang kerana terlalu sibuk kita terlupa bahawa
anak kita tidak pergi ke sekolah. Kita terlupa mengadakan keperluan
mereka. Kita juga tidak pernah menyiasat dengan siapa mereka berkawan.
Kita juga ada masanya tidak sedar mereka tidak sampai ke sekolah, atau
lewat pulang ke rumah kerana melencong ke tempat lain. Juga kita tidak
tahu adakah mereka solat atau berpuasa secukupnya dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya sebahagian besar kelakuan anak-anak adalah cermin kepada kehidupan kita masa lalu.Mari kita lihat sekadar beberapa contoh cara hidup ibubapa yang negatif dan
tidak baik yang boleh mempengaruhi perangai anak-anak kemudian hari
nanti.
1. Pakaian yang tidak kemas dan ambil mudah tentang aurat
2. Tiada perasaan hormat dan bercakap kasar antara suami isteri, lebih malang kalau sampaike peringkat bertengkar, bergaduh atau sebagainya. Anak-anak akan terbiasa dengan keadaan begitu.
3. Tidak berbahasa secara lembut, tidak ada panggilan sopan satu sama lain, hanya memanggil dengan nama sahaja. Dalam susunan ahli keluarga sepatutnya ada status quo supaya ada rasa hormat antara yang muda dengan yang tua dan sebaliknya.
4. Cucu melihat sikap ibubapa yang tidak hormat pada datuk dan nenek atau mengabaikanmereka.
5. Tidak menghormati waktu solat atau suka melewatkannya.
6. Suka keluar malam tanpa urusan atau suka pulang lewat.
7. Tidak tertib sewaktu makan iaitu gopoh dan tidak berdoa atau terdapat makanan yangtidak halal, tidak baik atau meragukan..
8. Suka pergi ke tempat-tempat yang tidak sesuai
9. Boros berbelanja dan sentiasa akur sahaja kemahuan anak-anak.Walaupun ianya penting, kadang-kadang perlu dilewatkan sedikit supaya anak-anak tahubahawa kita berhati-hati dalam mengawal perbelanjaan.
10. Tidak berhati-hati dalam memilih kawan dan tidak menjaga batas pergaulan.
11. Suka berahsia walaupun perkara tersebut perlu dikongsi bersama, manakalapada waktu yang lain celupar sedangkan ia sepatutnya menjadi rahsia.
12. Ibu atau bapa mempertahankan anak-anak walaupun mereka melakukan kesalahan.
13. Tidak mengambil berat jiran yang sakit atau meninggal dunia. Tidak menziarahi jiranyang sakit, tidak berdoa untuknya atau tidak menyembahyangkan jenazah walaupun kitaada kelapangan.
14. Kedekut untuk bersedekah atau selalu mengungkit-ungkit berkaitannya.Cukuplah
sekadar beberapa contoh untuk kita fikirkan dan ambil tindakan
memperbaikinya.
Kita boleh mendapat banyak lagi perkara yang boleh
membantu menyemarakkan syiar Islam dengan terdapatnya banyak buku-buku
agama dan kitab-kitab di pasaran.Marilah sama-sama kita berusaha
selagi mempunyai masa lapang, badan masih sihat, umur masih muda,
semasa masih ada harta dan tentunya sebelum maut mendatangi kita.Apabila
telah berusaha bolehlah kita berdoa dan berharap yang terbaik untuk
anak-anak atau ahli keluarga supaya generasi yang akan datang tidak
mencaci atau memperlecehkan kita. Kita hanya berusaha dan Allah
sahajalah penentu segala sesuatu.Sebagai penutup catatan kali ini, mari kita renungkan maksud dari beberapa Firman Allah dalam Al-Quran.
1. “ Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka ‘’
2. “ Neraka itu antara bahan bakarnya adalah manusia ”

Istimewanya menjadi wanita Islam

25 Rahmat menjadi wanita Islam

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada ...70 orang wali.*
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.*
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.*
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.*
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu*
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya. *
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang
Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut. *
10. Wanita yang tidak cukup tidur
pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allahakan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7* tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat * pahala*80* tahun ibadat.*
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

(Pandangan :)
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.*
Namun begitu mengapa
terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu
ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga.
Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan
dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya
Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari
terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia
berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang
beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan
tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya,
ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai.
Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .
Hadis nabi mengenai wanita. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya
kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam. .By: Amal Rahman

7 kaedah mendidik anak cemerlang

7 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG
Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh
diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar
biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang,
ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh
ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah
tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga
mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai
mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga
baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin
dan beri tanggungjawab.
Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa
(21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat
dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan
syariat.
Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun.
Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak
bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai
penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
1. Kaedah Pesanan dan Arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang
disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan
dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka,
apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika
tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu
dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar
perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka
benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara
bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa
terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan
sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak
langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan
maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita
tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak
boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih
berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
3. Kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa
yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu
mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka.
Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa,
keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu
makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu
bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan
teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah
memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak
daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi.
Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat
ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak
yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang
cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang
tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang
negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan
gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana
pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita
sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman
anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada
denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan
kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5. Kaedah Nasihat dan Teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah,
ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan.
Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan
arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari
atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah Bermain dan Bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan
bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk
kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun
bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan
hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi,
mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik.
Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau
berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih
penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan
yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan
anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika
tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh
menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah Latihan yang Berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan.
Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang
cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah
latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a) Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan
jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak
lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih
ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak
salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering
dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri,
menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan
sebagainya.
b) Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang
berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang
serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka
meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka
berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana
bimbang anak itu akan bersifat takbur.

4 Tahap Pendekatan Ibubapa Terhadap Anak

4 TAHAP PENDEKATAN IBUBAPA TERHADAP ANAK


Posted on June 14, 2008 by shahmuzir
Assalamu ‘alaikum warahmatullah…
Berikut adalah beberapa tips tentang
pendekatan ibubapa terhadap anak-anak yang saya perolehi & ingati
sejak di bangku IPT lagi melalui satu ceramah agama. Saya rasa ada
kebenarannya pada tips-tips tersebut, dan kalian boleh cuba supaya
pendekatan pendidikan & layanan kita terhadap anak-anak sesuai
dengan tahap pemikiran & kemanjaan mereka:
7 Tahun Pertama:
Berilah anak2 kita kasih sayang yang melimpah. Manjailah mereka.
Penuhilah hidup mereka dengan riang dan tawa. Di waktu umur yang
sebegini, mereka masih belum layak untuk menerima suara garang kita,
marah kita, tengking kita. Tanamilah mereka dengan sifat mahmudah seusia
kecil melalui contoh dan teladan.
7 Tahun Kedua:
Perkenalkanlah mereka akan disiplin dan peraturan. Tanamkan di dalam
diri anak2 kita agar hidup berperaturan. Jika solat dan akhlaq mulia
belum diajar, maka usah bertangguh. Marahilah mereka andai solat tidak
ditunaikan, andai akhlaq mulia dikesampingkan. Namun, kemarahan itu
haruslah mempunyai nilai didikan dan asuhan. Berhikmahlah.
7 Tahun Ketiga:
Layanilah mereka seperti kawan. Raikan cita2 dan minat mereka. Pandulah
kecenderungan mereka agar menepati ajaran dan suruhan agama. Jiwa remaja
yang sentiasa mencari identiti terkadang keliru jika dibiarkan mereka
dipandu dek kawan2. Maka, jadilah kawan/rakan mereka. Selamilah jiwa
mereka. Ketika ini, mereka memerlukan panduan/kawan dalam menyuluh
kekeliruan.
7 Tahun Keempat dan Seterusnya:
Mereka kini sudah dewasa. Maka, selayaknyalah mereka dilayan
sebagai dewasa. Kata2 mereka, buah fikiran mereka, idea mereka telah pun
matang di waktu sebegini. Usah dipandang lekeh/remeh. Namun, sebagai
bapa dan ibu, tugas kita tetap menegur dan memandu mereka sebagai anak2
kita. Berpada2lah.
Saya pun kadang2 terlajak jugak. Sebab tulah kita kena saling ingat-mengingati.
Semoga bermanfaat.
WAllahu ta’ala a’lam.

Adat Makan

Memang mudah melakar impian, tetapi mungkin
sukar untuk menterjemahkannya mengikut hakikat. Namun, biar apapun
kemungkinan yang bakal berlaku, kita sebagai umat Islam perlu sedaya
upaya menguatkan semangat agar apa yang dicitakan tercapai. Sejajar
dengan itu, seharusnya amalan pemakanan seharian kita perlu diubah agar
dapat meningkatkan taraf kesihatan dengan pemakanan yang sihat
berteraskan faham halalan tayyiban.
Mungkin runtunan nafsu terhadap makanan yang tidak berkhasiat menjadi
penghalang kerana ia telah menjadi tabiat kita tetapi jika kita
memiliki keazaman untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang,
ia mungkin dapat diatasi. Jika sebelum ini, kita seorang hamba Allah
yang tidak pernah mengambil berat tentang sumber makanan yang menjadi
darah daging kita, anjakkanlah sikap kita agar dapat berubah kepada gaya
pemakanan dan hidup yang sihat serta menekankan kepentingan pengambilan
makanan yang memberi kesan yang mendalam sama ada jasmani mahupun rohani.
1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros.
2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.
3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah.
4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri.
5. 80% penyakit berpunca daripada makan.
6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas
faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)
7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.
8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.
9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut
adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3
udara.
11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.
12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.
15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.
17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb....

(by Dr Fadzilah Kamsah)

Bila Isteri menangis

BILA ISTERI MENANGIS....

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,

dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,

dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,

kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,

hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,

jika seorang isteri pernah menangis karenamu,

tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat

kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,

jika seorang isteri menangis keranamu,

tolong jangan menyia-nyiakannya...

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...

Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT

yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.

Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Rawatlah Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah
ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah
yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan
hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita
dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya –
CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita,
bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan
dengar orang mengumpat.

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahu Akbar

Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada
suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya
kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti.

Sayidina Ali berkata “Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan
perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu”.
Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di
rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu’alaihi wasallam tidak mampu
memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu.Baginda
berkata “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring
untuk tidur,
bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali.

Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam”
Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringkan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saiyidina Ali
terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu.Katanya “Demi
Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada
ku”.

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa
penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir
Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi
ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.Akan terserlah ceria
di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Mafhum Sabda Rasulullah. “Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat,
Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi
mu dosa-dosa mu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”.

KEUTAMAAN SOLAT DHUHA

Keutamaan
Shalat Dhuha:Dari Abu Dzar al-Ghifari ra, ia berkata bahwa
Nabi Muahammad saw bersabda: “Di setiap sendiri seorang dari kamu
terdapat sedekah, setiap tasbih (ucapan subhanallah) adalah sedekah,
setiap tahmid (ucapan alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil
(ucapan lailahaillallah) adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah,
menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran
adalah sedekah. Dan dua rakaat Dhuha diberi pahala” (HR Muslim).Dari
Abu Darda’ ra, ia berkata bahwa Rasulullah saw berkata: “Allah ta`ala
berkata: “Wahai anak Adam, shalatlah untuk-Ku empat rakaat dari awal
hari, maka Aku akan mencukupi kebutuhanmu (ganjaran) pada sore harinya”
(Shahih al-Jami: 4339).“Siapa pun yang melaksanakan shalat dhuha
dengan langgeng, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu
sebanyak buih di lautan.” (HR Tirmidzi)“Di perintahkan kepadaku
oleh kekasihku Nabi SAW untuk berpuasa 3 (tiga ) hari pada tiap-tiap
bulan, mengerjakan 2 ( dua ) rakaat Shalat Sunnat Dhuha, dan supaya saya
berwitir sebelum tidur.” ( HR Bukhari dan Muslim)“Tidak ada
yang memelihara shalat dhuha kecuali orang-orang yang kembali kepada
Allah (awwaabiin)” (HR. Ibnu Khuzaimah II/228, al Hakim dalam
alMustadrak I/314 dan lainnya).Dari Abu Umamah ra bahwa
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam
keadaan bersuci untuk melaksanakan shalat wajib, maka pahalanya seperti
seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk
melaksanakan shalat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang
melaksanakan `umrah (Shahih al-Targhib: 673).
Dalam sebuah
hadits yang lain disebutkan bahwa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang
mengerjakan shalat fajar (shubuh) berjamaah, kemudian ia (setelah usai)
duduk mengingat Allah hingga terbit matahari, lalu ia shalat dua rakaat
(Dhuha), ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah; sempurna,
sempurna, sempurna” (Shahih al-Jami`: 6346)Waktu Shalat Dhuha
“Shalatnya orang-orang yang bertaubat adalah pada saat berdirinya anak
unta karena teriknya matahari.” (HR. Muslim). Syaikh Muhammad
bin Shalih Al Utsaimin dan Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahumallah
dalam Penjelasan Riyadush Shalihin menjelaskan bahwa sholat yang
dimaksud adalah sholat Dhuha. Hadits ini juga menjelaskan bahwa
waktu paling afdhol untuk melakukan sholat Dhuha adalah ketika matahari
sudah terik.Anak-anak unta sudah bangun karena panas matahari itu
diqiyaskan dengan pagi hari jam 08:00 AM, adapun sebelum jam itu
dianggap belum ada matahari yang sinarnya dapat membangunkan anak onta.Anjuran
Sholat DhuhaDari Aisyah, ia berkata: “Saya tidak pernah sama sekali
melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menunaikan shalat
Dhuha, sedangkan saya sendiri mengerjakannya.
Sesungguhnya Rasulullah
SAW pasti akan meninggalkan sebuah perbuatan meskipun beliau menyukai
untuk mengerjakannya. Beliau berbuat seperti itu karena khawatir jikalau
orang-orang ikut mengerjakan amalan itu sehingga mereka menganggapnya
sebagai ibadah yang hukumnya wajib (fardhu).”Wallahu a'lamsalam_sitijamilahamdi

TIDAK SELALU KITA DAPAT APA YG DISUKAI

Kata-kata di atas merupakan wujudnya rasa syukur. Dengan bersyukur
kita akan senantiasa diliputi rasa damai, tenteram dan bahagia.
Sebaliknya, perasaan tak bersyukur akan senantiasa membebani kita. Kita
akan selalu merasa kurang dan tak bahagia.


Kita sering memfokuskan diri pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa
yang kita miliki. Katakanlah anda telah memiliki sebuah rumah,
kenderaan, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik. Tapi anda masih
merasa kurang. Fikiran anda dipenuhi berbagai tujuan dan keinginan. Anda
begitu inginkan rumah yang besar dan indah, kereta mewah, serta
pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.


Kita ingin ini dan itu. Bila tak mendapatkannya kita terus
memikirkannya. Tapi anehnya, walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya
menikmati kesenangan sesaat. Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih
lagi. Jadi, betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah
menjadi “KAYA” dalam erti yang sesungguhnya.

Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang kaya. Orang yang kaya
bukanlah orang yang memiliki banyak harta tetapi orang yang dapat
menikmati apapun yang mereka miliki. Tentunya boleh kita memiliki
keinginan, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan yang
tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokus pada
apa yang sudah kita miliki.

Cubalah lihat keadaan di sekeliling Anda, fikirkan yang Anda miliki, dan
syukurilah. Anda akan merasakan nikmatnya hidup. Tumpukan perhatian
Anda pada sifat-sifat baik orang-orang di sekitar Anda.

Seorang pengarang pernah mengatakan,

“Menikahlah dengan orang yang Anda cintai, setelah itu cintailah orang

yang Anda nikahi” Ini akan melahirkan rasa syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang abang yang mengeluh kerana tak dapat
membeli kasut, padahal kasutnya dah lama rosak. Suatu petang ia melihat
seseorang yang tak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Saat itu juga si
abang berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.


Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah kecenderungan
membanding-bandingk an diri kita dengan orang lain. Kita merasa orang
lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih
pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih percaya diri, dan lebih kaya
dari kita.


Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita
miliki. Kerana itu bersyukur merupakan nilai hati yang tertinggi.

Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan cerita mengenai seorang ibu
yang sedang terapung di laut kerana kapalnya karam, namun tetap
berbahagia. Ketika ditanya kenapa demikian, ia menjawab,”Saya mempunyai
dua anak laki-laki. Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup
ditanah seberang. Kalau saya selamat, saya sangat bahagia kerana dapat
berjumpa dengan anak kedua saya. Tetapi kalaupun mati tenggelam, saya
juga akan berbahagia kerana saya akan berjumpa dengan anak pertama saya
di syurga.”
Bersyukurlah !
Rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif …

RAHSIA ANAK PINTAR

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof,
24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul
Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan
masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti
Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.
Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada
masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi
apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini
pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah
takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.
Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan
Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata
masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara
kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu
menanam tekad membentuk masa depan anak”
Fadzilah Kamsah – Pakar motivasi
“Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap
digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi
usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang
tepat.
“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan
menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan
pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap
genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas
Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana
muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds
University.
Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang
psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat
menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal.
Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka
berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan
jurutera lain.
“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat
menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak,
mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang
dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh
tahun adalah berbakat, bukan genius.
“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum
ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa.
Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun,
selepas lulus universiti,” katanya.
Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang,
tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran
ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains,
kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar
bedah.
Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak
melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.
“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran
matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik
dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua
bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai
kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam
lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.
Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini?
Pakar motivasi terkenal, Datuk
Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha
ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain
mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan,
ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah
al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah
berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.
“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran,
ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat
al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan
lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah
berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh
diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.
Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua
anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya.
Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak,
makanan, persekitaran dan didikan.
Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi
jelas dalam usaha memulakan keluarga.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara
kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi
jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor
misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan
membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.
“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik
hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan
bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan
dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga
boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001
cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,”
katanya.
Dr
Mohd Fadzilah Kamsah berkata, dia sendiri pernah bertemu
dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu
juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.
“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala
dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu
dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan
tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan
dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik
anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun
mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.
Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah
‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara
sedar dan tidak ketika hendak tidur.
“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan
ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk
membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam
keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.
“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa
memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru
bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil
mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.
Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur
mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.
“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi
biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan
perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka
melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik.
Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.
‘Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam’
IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak
kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal
dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa
sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan
sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah
matematik.
Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah
terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan
sisi lain budak cerdik itu.
Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam
matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.
“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti
kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan
keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani
ketika ditemui baru-baru ini.
Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya
berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya
berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta
menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan
tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.
Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar
antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai
bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion
ringgit.
“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam
matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika
ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama
dengan pembesar negara,” katanya.
Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu
matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan
Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya
mengkaji setiap nombor.
“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi
untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan
dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem
Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.
“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya
terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah
membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang
lain.
“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga
kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari
penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,”
katanya.
Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu
markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi
Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.
INFO: Tip untuk ibu bapa
Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah
al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau
gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan
fikiran.Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan
dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan
kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk
membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.
Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati
berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan
kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia
perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan
malam.Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan
untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk
disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat,
membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia
perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan
jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak,
mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu
mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat
diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia
diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak,
badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan
mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah
lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang
dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti
sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima
keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Kata_kata Hikmah

Aku teliti semua sahabat,dan tidakku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Akufikirkan tentang pakaian,tapi tidakku temui pakaian yang lebih baik dari daripada takwa.Aku renung semua jenis amal baik,namun tidak ada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.aku cari segala bentuk rezki,tapi tidakku temukan rezki yang lebih baik daripada sabar..
(Khalifah Umar)