Wednesday, January 19, 2011

Ibubapa Adalah Cermin Kpd Anak2

IBUBAPA ADALAH CERMIN KEPADA ANAK-ANAK

Oleh: md zainal mzd
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:“
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara,
1-masa lapang sebelum
datang masa sibuk,
2-masa senang sebelum susah,
3-masa sihat sebelum sakit,
4-masa muda sebelum tua, dan
5-masa hidup sebelum datangnya maut”
Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana berada dalam sebuah negara yang aman
damai, boleh bekerja mencari rezeki dan boleh beribadat tanpa gangguan.
Pada keseluruhannya keamanan adalah terjamin dan hubungan antara satu
sama lain adalah baik tanpa mengira kaum, bangsa ataupun agama.”Berbanding
di banyak tempat di dunia ini yang tidak aman, pertumpahan darah sering
berlaku walaupun antara sesama bangsa dan seagama. Kita patut insaf dan
sedar bahawa kita mempunyai banyak peluang untuk melakukan yang terbaik
berbanding contohnya umat Islam di Palestin yang sentiasa dalam
kekeliruan dan bencana akibat penindasan rejim haram yang menjadi musuh
Allah.
Sayugia kita sedar, umur umat akhir zaman ini sepertimana
sabda rasulullah dalam sebuah hadisnya ialah antara 60 hingga 70 tahun
sahaja. Oleh itu marilah kita pergunakan sewajarnya umur kita yang masih
ada, yang muda cara yang muda manakala yang tua sesuai dengan umur yang
tua. Keadaan generasi yang akan datang banyak bergantung kepada apa
yang kita perlakukan pada hari ini.Bagi mereka yang mempunyai
anak-anak terutama yang masih kecil, marilah kita isikan umur mereka
dengan membina asas yang kukuh yang diperlukan untuk hidup bagi
tempohmasa sekurang-kurangnya lima puluh tahun yang akan datang. Bila
sampai waktu itu sebahagian dari kita sudah pasti tiada bersama kerana
tiada siapa yang boleh menongkat dunia selama-lamanya.Kalau kita
telah berusaha memberi didikan yang baik untuk anak-anak kita, maka
bolehlah berharap dan berdoa agar Allah kurniakan kebaikan kepada
mereka, berdoa tanpa berusaha tidak menjamin apa-apa.
Firman Allah dalam Al-Quran,
1. “ Sesungguhnya tidak akan mendapat seseorang itu melainkan sekadar usahanya”
2. “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkanmereka sendiri berusaha mengubahnya”Dalam
banyak perkara terutama waktu masih kecil, anak-anak kita tidak faham
apa yang kita perbuat atau perkatakan, tetapi kebolehan mereka untuk
mendengar dan melihat, banyak mempengaruhi cara berfikir dalam
pembentukan tingkahlaku mereka pada masa hadapan atau bila diwasa nanti.
Disamping
itu kita hendaklah sentiasa berusaha menjaga makan minum serta pakaian
dari perkara-perkara yang meragukan.. Adalah dituntut memperbanyakkan
selawat sewaktu menyediakan makanan dan minuman agar kita mendapat
keberkatannya.Di sini diperturunkan ( sekadar contoh ) beberapa perkara yang dianjurkan oleh Islam.Sewaktu dalam kandungan
1. Suami dan isteri bergaullah secara Islam, pakaian , percakapan dan sebagainya
2. Banyak memperdengarkan bacaan Al-Quran sejak dari dalam kandungan terutama selepas tiga atau empat bulan iaitu bila roh telah ditiupkan ke jasadnya. Dianjurkan supaya ibudan bapa membaca sendiri Al-Quran bukan dengan memperdengarkan kaset atausebagainya, kemerduan suara ibubapa akan diingati sampai bila-bila.
3. Ibu-ibu yang mengandung perlu mengelakkan mengunjungi tempat-tempat terlarangatau berlama ditempatnya.
4. Ibubapa sentiasa melakukan perkara atau amalan yang baik dan menjauhi perkara-perkaradosa dan mungkar.
5. Sentiasa harmoni sesama suami-isteri, bertutur dengan sopan dalam semua perkaraterutama bila kandungan sudah sampai waktu boleh mendengar.
Sewaktu bayi atau kanak-kanak:
1. Mengazankan dan mengiqamatkan sewaktu anak atau anak-anak dilahirkan.
2. Mendodoikan dan menidurkan mereka dengan bacaan Al-Quran atau sekurang-kurangnyadengan perkara yang dibenarkan Islam.
3. Berselawat dan mengusap ubun-ubunnya serta sentiasa berdoa kebaikan untuknya.
4. Banyak membaca Surah Al Insyiraah sewaktu menidurkannya dan bila-bila sahaja kitaberpeluang bersama dengannya.
5. Bila kepergian samaada sendirian atau berkeluarga , usahakan supaya kita pulang kerumah tanpa melewati waktu maghrib.
6. Memelihara penglihatan dan pendengaran mereka dari perkara-perkara yang melalaikandan perkara-perkara seumpamanya.
7. Bila umur meningkat, dekatkan mereka dengan Al-Quran secara perlahan-lahan. Adalahsuatu yang amat dituntut ibubapa sendiri mengajar mereka bukan dengan menyerahkantugas itu kepada orang lain. Kalaupun tak dapat selalu, sekali sekala bacalah bersamamereka.8. Solat berjemaah, jika tidak dapat selalu buatlah sekerap mungkin.
8. Bawalah anak-anak mengunjungi tempat-tempat ibadat Islam dan di mana yang sesuaibuatlah ibadat berjemaah serta jangan lupa berdoa bersama mereka..
9. Sekali sekala bawa anak-anak menziarahi orang yang menjadi sahabat atau jiran kitaatau ibubapa kita. Mengekalkan silaturrahim sebegini amatlah dituntut oleh Islam.
10. Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang tidak dianjurkan agama Islam.
11. Tunjukkan sikap toleransi antara ibubapa dalam apa perkara sekalipun dan jangan sekali-kali meninggikan suara terutama ibu kerana pengaruh ibu cukup kuat dalam pembentukansahsiah anak-anak. Sentiasa berusaha menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
12. Sebanyak mungkin amalkan makan bersama demi mengelakkan sikap individualistikdan dalam waktu yang sama tidak membazir serta dapat menjimatkan makanan
13. Bila memasuki alam persekolahan eloklah dimulakan dengan pendidikan secara Islam.
14. Sentiasa memberi nasihat supaya menjaga tingkahlaku dan adab sopan.
15. Sebelum melepaskan mereka keluar rumah, usaplah kepala anak-anak dengan doa yangbaik-baik dan berpesan supaya berhati-hati dalam semua perkara, jika masih belajar,doakan supaya sentiasa rajin dan istiqamah dalam pelajaran mereka.
16. Banyakkan solat tahajjud dan seumpamanya dan pohonlah Redha Allah terhadap apayang kita kerjakan.
Walaupun kini kita sedia maklum, kebanyakan kita tidak mampu untuk melakukan
semua perkara-perkara tersebut kerana terlalu sibuk dengan urusan
harian, tetapi kita kena ingat, usaha yang baik atau kelalaian pada hari
ini akan hanya dapat dilihat kesannya sepuluh atau lima belas tahun
kemudian, bila anak-anak itu diwasa nanti. Waktu itu nasi sudah menjadi
bubur dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa lagi.
Dalam melakukan sebarang tindakan, kadang-kadang kita tersilap memberi
keutamaan. Apa yang kita lakukan adakah semuanya mengikut landasan yang
dibenarkan Islam. Kadang-kadang kerana terlalu sibuk kita terlupa bahawa
anak kita tidak pergi ke sekolah. Kita terlupa mengadakan keperluan
mereka. Kita juga tidak pernah menyiasat dengan siapa mereka berkawan.
Kita juga ada masanya tidak sedar mereka tidak sampai ke sekolah, atau
lewat pulang ke rumah kerana melencong ke tempat lain. Juga kita tidak
tahu adakah mereka solat atau berpuasa secukupnya dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya sebahagian besar kelakuan anak-anak adalah cermin kepada kehidupan kita masa lalu.Mari kita lihat sekadar beberapa contoh cara hidup ibubapa yang negatif dan
tidak baik yang boleh mempengaruhi perangai anak-anak kemudian hari
nanti.
1. Pakaian yang tidak kemas dan ambil mudah tentang aurat
2. Tiada perasaan hormat dan bercakap kasar antara suami isteri, lebih malang kalau sampaike peringkat bertengkar, bergaduh atau sebagainya. Anak-anak akan terbiasa dengan keadaan begitu.
3. Tidak berbahasa secara lembut, tidak ada panggilan sopan satu sama lain, hanya memanggil dengan nama sahaja. Dalam susunan ahli keluarga sepatutnya ada status quo supaya ada rasa hormat antara yang muda dengan yang tua dan sebaliknya.
4. Cucu melihat sikap ibubapa yang tidak hormat pada datuk dan nenek atau mengabaikanmereka.
5. Tidak menghormati waktu solat atau suka melewatkannya.
6. Suka keluar malam tanpa urusan atau suka pulang lewat.
7. Tidak tertib sewaktu makan iaitu gopoh dan tidak berdoa atau terdapat makanan yangtidak halal, tidak baik atau meragukan..
8. Suka pergi ke tempat-tempat yang tidak sesuai
9. Boros berbelanja dan sentiasa akur sahaja kemahuan anak-anak.Walaupun ianya penting, kadang-kadang perlu dilewatkan sedikit supaya anak-anak tahubahawa kita berhati-hati dalam mengawal perbelanjaan.
10. Tidak berhati-hati dalam memilih kawan dan tidak menjaga batas pergaulan.
11. Suka berahsia walaupun perkara tersebut perlu dikongsi bersama, manakalapada waktu yang lain celupar sedangkan ia sepatutnya menjadi rahsia.
12. Ibu atau bapa mempertahankan anak-anak walaupun mereka melakukan kesalahan.
13. Tidak mengambil berat jiran yang sakit atau meninggal dunia. Tidak menziarahi jiranyang sakit, tidak berdoa untuknya atau tidak menyembahyangkan jenazah walaupun kitaada kelapangan.
14. Kedekut untuk bersedekah atau selalu mengungkit-ungkit berkaitannya.Cukuplah
sekadar beberapa contoh untuk kita fikirkan dan ambil tindakan
memperbaikinya.
Kita boleh mendapat banyak lagi perkara yang boleh
membantu menyemarakkan syiar Islam dengan terdapatnya banyak buku-buku
agama dan kitab-kitab di pasaran.Marilah sama-sama kita berusaha
selagi mempunyai masa lapang, badan masih sihat, umur masih muda,
semasa masih ada harta dan tentunya sebelum maut mendatangi kita.Apabila
telah berusaha bolehlah kita berdoa dan berharap yang terbaik untuk
anak-anak atau ahli keluarga supaya generasi yang akan datang tidak
mencaci atau memperlecehkan kita. Kita hanya berusaha dan Allah
sahajalah penentu segala sesuatu.Sebagai penutup catatan kali ini, mari kita renungkan maksud dari beberapa Firman Allah dalam Al-Quran.
1. “ Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka ‘’
2. “ Neraka itu antara bahan bakarnya adalah manusia ”

No comments:

Post a Comment

Kata_kata Hikmah

Aku teliti semua sahabat,dan tidakku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Akufikirkan tentang pakaian,tapi tidakku temui pakaian yang lebih baik dari daripada takwa.Aku renung semua jenis amal baik,namun tidak ada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.aku cari segala bentuk rezki,tapi tidakku temukan rezki yang lebih baik daripada sabar..
(Khalifah Umar)