Wednesday, January 19, 2011

Sayangnya Allah pada insan yg bergelar wanita

Sayangnya ALLAH pada insan bergelar
wanita...muhasabah diri...
Share Saturday at 7:28am

Salam buat semua.. titipan rohani sekadar renungan buat semua..
Menghargai segala kurniaan dan ciptaan Ilahi..supaya kita sentiasa sedar
dan menginsafi ciptaan-Nya..
Diharapkan titipan rohani dapat memberi manfaat dan mendekatkan diri
kita kepada yang Maha Esa..

Renungilah..



Wanita....

1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.
7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8- Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan
anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di
akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
(betulkan jika Saya tersilap).
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita... kan?
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Kata_kata Hikmah

Aku teliti semua sahabat,dan tidakku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Akufikirkan tentang pakaian,tapi tidakku temui pakaian yang lebih baik dari daripada takwa.Aku renung semua jenis amal baik,namun tidak ada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.aku cari segala bentuk rezki,tapi tidakku temukan rezki yang lebih baik daripada sabar..
(Khalifah Umar)